Jumaat, 28 Disember 2012

Muat Turun Aplikasi Android Tanpa Login Akaun Gmail

Sebenarnya cara ini ditujukan khas untuk mereka yang tiada akaun Google untuk memasang perisian/aplikasi yang disukai terutamanya kanak-kanak. Untuk pengetahuan, Play Store adalah aplikasi fungsi lalai yang telah sedia ada pada tablet Android kita bagi kemudahan muat turun dan memasang aplikasi yang diinginkan. Jadi untuk mengunakan fungsi Play Store, pengguna harus login akaun Gmail terlebih dahulu sebelum dapat memasang pelbagai hidangan hampir 300,000 aplikasi termasuk percuma dan berbayar.

Bagaimana pun, tanpa akaun google kita masih boleh memuat turun aplikasi tersebut melalui halaman lain. Ada banyak website yang menyediakan kemudahan muat turun aplikasi.apk untuk android. Anda boleh cari sendiri, saya ingin berkongsi salah satu halaman kegemaran saya untuk mendapatkan APK iaitu di http://www.papktop.com/

Baiklah mari kita mulakan...

Sambungkan Tablet Android anda ke WIFI. Menu > Setting > Wifi - ON.

3 Gambar di bawah menunjukkan proses pemasangan aplikasi APK, contoh yang saya berikan di sini ialah perisian pejabat untuk menaip, membuat sheet, presentation (macam microsoft office). Aplikasi ini dapat menyokong docx, xlsx, pptx dll.

Gambar 1

 
(Klik pada gambar untuk besarkan imej)

  1. Klik menu
  2. Klik Internet Browser
  3. taipkan URL "papktop.com"
  4. Taipkan KingsoftOffice dalam ruangan carian dan tekan butang "Go" pada virtual keyboar android.
  5. Klik hasil carian paling atas untuk versi terkini
  6. Skrul page tersebut hingga paling paling dan klik "download from apktop"
  7. perhatikan aplikasi tersebut sedang dimuat turun.

Gambar 2

 (Klik pada gambar untuk besarkan imej)

8. Setelah selesai muat turun, buka File Manager
9. Pilih dan klik pada folder "Download"
10. Terdapat aplikasi yang telah dimuat turun sebentar tadi, contohnya kingsoft_office_free.apk
11. Klik apk tersebut dan mesej pemasangan akan muncul, klik pada "Install".

Gambar 3
 (Klik pada gambar untuk besarkan imej)

11. Proses pemasangan sedang berjalan.
12. Ada 2 pilihan iaitu Done bermaksud anda mengesahkan siap pemasangan tanpa membuka aplikasi tesebut dan Open ialah untuk membuka aplikasi tersebut selepas pemasangan.
13. saya sedang mencuba aplikasi ini...

selain aplikasi Kingsoft Office ini, anda boleh mencuba banyak lagi aplikasi lain seperti Games, internet dan lain-lain.

sekian...

1 ulasan: